Penerangan
KUALA TERENGGANU, 01 April 2023- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah menyertai aktiviti pembersihan bebola tar di Pulau Redang hari ini.
Pembersihan bebola tar ini diselaraskan oleh Pejabat Daerah Kuala Nerus yang melibatkan Kawasan Pantai Pasir Panjang, Pulau Redang, Kawasan Teluk Dalam Pulau Redang dan Pantai Telok Kalong, Pulau Redang.
Pelbagai pihak telah menyertai aktiviti pembersihan ini termasuk pengusaha-pengusaha resort dan juga komuniti Kg Pulau Redang.
JAS Terengganu sentiasa memberi sokongan kepada usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar terutamanya dalam aktiviti melestarikan alam sekitar di negeri ini.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama