PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN ADUAN BAU PADA WAKTU MALAM DI KAWASAN PERINDUSTRIAN KERTIH DAN TAMAN INDUSTRI BIO POLIMER

DOE Terengganu 27/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN ADUAN BAU PADA WAKTU MALAM DI KAWASAN PERINDUSTRIAN KERTIH DAN TAMAN INDUSTRI BIO POLIMER
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/04/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PEMANTAUAN ADUAN BAU PADA WAKTU MALAM DI KAWASAN PERINDUSTRIAN KERTIH DAN TAMAN INDUSTRI BIO POLIMER KEMAMAN, 01 April 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman terus komited menjalankan pemantauan kualiti udara di Kawasan Perindustrian Kertih dan Taman Industri Bio Polimer dan sekitarnya. Dengan menggunakan peralatan “Portable Multi Gas Analyser (CEREX)”, status kualiti udara secara in-situ dapat dianalisa dan direkodkan untuk tindakan susulan JAS Cawangan Kemaman. Komitmen proaktif pihak pengurusan JAS Terengganu ini bagi menyediakan data pemantauan kualiti udara in-situ terkini di kawasan perindustrian ini, susulan aduan pencemaran bau yang diterima daripada orang awam. Ianya juga sebagai kesiap sediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan kemerosotan kualiti udara di daerah ini. Kerjasama orang awam sentiasa dialu-alukan dalam memberi kerjasama untuk mencegah pencemaran berlaku di negeri ini, khususnya di daerah Kemaman yang mempunyai kilang-kilang yang berisiko tinggi berlaku pencemaran. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan