PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PENCEMARAN DAN PEMANTAUAN PUNCA  PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU DI BULAN RAMADHAN

DOE Terengganu 27/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PENCEMARAN DAN PEMANTAUAN PUNCA  PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU DI BULAN RAMADHAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/04/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

SIASATAN ADUAN PENCEMARAN DAN PEMANTAUAN PUNCA  PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU DI BULAN RAMADHAN KUALA TERENGGANU, 01 April 2023-  Cuti hujung minggu di Negeri Terengganu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus  menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan dan pemantauan dilakukan di sekitar Chendering, dan Kuala Ibai, daerah Kuala Terengganu, Merchang, daerah Marang dan Rantau Abang, daerah Dungun. Tiada sebarang pembakaran terbuka ditemui. Siasatan aduan pembakaran terbuka juga dilakukan. Hasil siasatan menemui kesan  pembakaran terbuka sampah dan kayu kering di kawasan kediaman yang menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk setempat. Amaran keras telah diberikan kepada penduduk setempat. Pemantauan operasi kilang di Kawasan Perindustrian Chedering, Kawasan Perindustrian Bukit Kor dan Kawasan Perindustrian Pulau Serai tidak menemui sebarang kejadian pencemaran. Pemantauan di pantai Jambu Bongkok turut dilakukan dan  tiada tarball atau tumpahan minyak dikesan. Pemantauan kawasan tanah gambut di Rhu Bathil, Kuala Abang mendapati kawasan paya gambut sekitar check dem agak kering dan berpotensi berlaku kebakaran. Pembinaan telaga tiub juga telah siap yang akan dapat membekalkan air di kawasan  tanah gambut tersebut. Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bagi memastikan punca-punca pencemaran terkawal dan dapat ditangani dengan segera. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan