PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUKURAN KUALITI UDARA PADA WAKTU MALAM ,KOMITMEN JAS CAWANGAN KEMAMAN MENANGANI ADUAN PENCEMARAN BAU

DOE Terengganu 27/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUKURAN KUALITI UDARA PADA WAKTU MALAM ,KOMITMEN JAS CAWANGAN KEMAMAN MENANGANI ADUAN PENCEMARAN BAU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/04/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PENGUKURAN KUALITI UDARA PADA WAKTU MALAM ,KOMITMEN JAS CAWANGAN KEMAMAN MENANGANI ADUAN PENCEMARAN BAU KEMAMAN, 01 April 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu  Cawangan Kemaman terus komited menjalankan pemantauan susulan aduan pencemaran bau di Kawasan Perindustrian Kertih dan Taman Industri Bio Polimer dan sekitarnya. Peralatan “Portable Multi Gas Analyser (CEREX)”, digunakan bagi mengukur status parameter gas-gas pencemar secara in-situ untuk tindakan susulan JAS Cawangan Kemaman. Pihak pengurusan JAS Terengganu mengambil tindakan proaktif dalam memantau secara berterusan ini bagi menyediakan data pemantauan kualiti udara in-situ terkini di kawasan perindustrian ini. Ianya juga sebagai kesiap sediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan kemerosotan kualiti udara di daerah ini. JAS Terengganu tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Kualiti alam Sekeliling 1974, terutama Peraturan-Peraturan  Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Kerjasama orang awam sentiasa dialu-alukan dalam melaporkan kejadian pencemaran alam sekitar di negeri ini bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar dapat dikawal dan ditangai bersama. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan