PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MENGESAN PENCEMARAN

DOE Terengganu 27/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MENGESAN PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/04/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MENGESAN PENCEMARAN KEMAMAN, 01 April 2023: Cuti hujung minggu di Negeri Terengganu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman terus meningkatkan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran daripada punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kawasan rondaan melibatkan Gong Limau, Mak Chili, Gong Pauh, Binjai, Pasir Semut, Pasir Gajah, Bukit Kuang, Kijal, Kemasi dan Kerteh Hasil rondaam dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka sepanjang laluan rondaan dijalankan. Banner Larangan Pembakaran Terbuka telah pasang di kawasan yang dikenal pasti berpotensi aktiviti ini dilakukan oleh  orang awam. Ia juga adalah tindakan proaktif pasukan penguatkuasa dalam mencegah dan membanteras jenayah di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pemantauan dan rondaan ini juga tidak menemui sebarang kes pencemaran. JAS Terengganu sentiasa bersiap sedia dalam memantau punca-punca pencemaran di daerah ini bagi memastikan kesejahteraan orang awam menjadi keutamaan. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan