Penerangan
SIASATAN ADUAN PENCEMARAN DAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU DI BULAN RAMADHAN
KUALA TERENGGANU, 01 April 2023- Cuti hujung minggu di Negeri Terengganu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan dan pemantauan dilakukan di sekitar Chendering, dan Kuala Ibai, daerah Kuala Terengganu, Merchang, daerah Marang dan Rantau Abang, daerah Dungun. Tiada sebarang pembakaran terbuka ditemui.
Siasatan aduan pembakaran terbuka juga dilakukan. Hasil siasatan menemui kesan pembakaran terbuka sampah dan kayu kering di kawasan kediaman yang menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk setempat. Amaran keras telah diberikan kepada penduduk setempat.
Pemantauan operasi kilang di Kawasan Perindustrian Chedering, Kawasan Perindustrian Bukit Kor dan Kawasan Perindustrian Pulau Serai tidak menemui sebarang kejadian pencemaran.
Pemantauan di pantai Jambu Bongkok turut dilakukan dan tiada tarball atau tumpahan minyak dikesan.
Pemantauan kawasan tanah gambut di Rhu Bathil, Kuala Abang mendapati kawasan paya gambut sekitar check dem agak kering dan berpotensi berlaku kebakaran. Pembinaan telaga tiub juga telah siap yang akan dapat membekalkan air di kawasan tanah gambut tersebut.
Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bagi memastikan punca-punca pencemaran terkawal dan dapat ditangani dengan segera.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama