PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN KUALITI UDARA MELALUI PENERBANGAN DRONE OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK

DOE Perak 02/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN KUALITI UDARA MELALUI PENERBANGAN DRONE OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
26/04/2023
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

4 APRIL 2023, IPOH – Bagi memastikan keadaan kualiti udara berada dalam keadaan baik, satu pemantauan kualiti udara telah dijalankan oleh pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak di sekitar kawasan Perindustrian Muallim. Pemantauan dijalankan mengunakan dron bagi mengesan pembakaran terbuka yang dilaksanakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan memantau pelepasan asap dari cerobong industri. Penggunaan dron sebagai alat pemantauan telah mula dipraktikkan oleh JAS Perak bagi mendapatkan liputan pemantauan yang lebih meluas dan menyeluruh. Masyarakat diingatkan untuk tidak menjalankan pembakaran terbuka bagi mengelakkan kualiti udara terjejas. Masyarakat boleh menggunakan kaedah yang lebih mesra alam seperti kitar semula bagi buangan yang boleh dikitar semula atau menggunakan kaedah kompos bagi buangan sisa organik.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan