PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PROGRAM PAMERAN DAN CERAMAH SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KELAB PENCINTA ALAM (KPA) NEGERI SEMBILAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN ANJURAN MALAYSIAN NATURE SOCIETY (MNS) NEGERI SEMBILAN

DOE Negeri Sembilan 26/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PAMERAN DAN CERAMAH SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KELAB PENCINTA ALAM (KPA) NEGERI SEMBILAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN ANJURAN MALAYSIAN NATURE SOCIETY (MNS) NEGERI SEMBILAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
26/04/2023
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Negeri Sembilan

Penerangan

11 Mei 2023, SEREMBAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah dijemput mengadakan ceramah dan pameran anjuran Malaysian Nature Society (MNS) bersempena Majlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam (KPA) Negeri Sembilan. Majlis telah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Program yang diadakan telah dirasmikan YB Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Tuan Veerapan a/l Superamaniam. JAS Negeri Sembilan telah mengadakan pameran dan menyampaikan ceramah bagi mempromosikan program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS), pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik (Ewaste), Modul Kelab Alam Sekitar, program-program signature alam sekitar dan Rakan Alam Sekitar (RAS) yang merupakan aktiviti berterusan Jabatan bagi memberi pendidikan dan kesedaran berterusan berkaitan kepentingan menjaga alam sekitar. Turut diadakan ceramah-ceramah perkongsian oleh agensi kerajaan yang lain iaitu daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Malaysian Nature Society (MNS), dan Eijau Millennium Explorer Seramai lebih kurang 200 guru-guru penasihat Kelab Alam Sekitar sekolah-sekolah di Negeri Sembilan telah hadir dalam program ini bagi mendapat idea mengaktifkan Kelab Alam Sekitar di sekolah-sekolah mereka. Penganjuran program seperti ini merupakan platform terbaik dan bermanfaat kepada guru-guru dan para pelajar dalam mengembalikan minat mereka kearah membudayakan amalan mesra alam dan kitar semula dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih sihat dan lestari.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan