Penerangan
8 April 2023, Machang - Rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) telah dijalankan secara harian oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan di sekitar daerah Kota Bharu, Pasir Mas dan Machang. Rondaan darat OMPT telah dilakukan di kawasan yang berisiko terbakar seperti tapak pelupusan sampah, ladang-ladang sawit/getah dan kawasan industri.
Di bawah peruntukan Seksyen 29A (1) dan 29A (2), memperuntukkan larangan pembakaran terbuka iaitu tiada seorang pun boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis (termasuklah mana-mana tanah). Mana-mana orang yang didapati melakukan pembakaran terbuka, pelaku tersebut boleh didenda tidak melebihi RM 500,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.