Penerangan
7 April 2023, KOTA BHARU - Rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) telah dijalankan secara harian oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Rondaan OMPT telah dilakukan di kawasan yang berisiko terbakar seperti tapak pelupusan sampah, ladang-ladang sawit/getah dan kawasan industri. Rondaan darat dan udara (dron) pada hari ini telah mengesan pembakaran terbuka yang tertakluk di bawah Seksyen 29A – Larangan Atas Pembakaran Terbuka, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Di bawah peruntukan Seksyen 29A (1) dan 29A (2), memperuntukkan larangan pembakaran terbuka iaitu tiada seorang pun boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis (termasuklah mana-mana tanah). Mana-mana orang yang didapati melakukan pembakaran terbuka, pelaku tersebut boleh didenda tidak melebihi RM 500,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.