Penerangan
19 April 2023, Bachok – Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah menjalankan rondaan OMPT darat dan udara (dron) di sekitar kawasan Gunong, Bachok. Rondaan tertumpu di kawasan tanah gambut yang sedang terbakar. Kerja-kerja pemantauan dan mapping menggunakan dron bagi mengenal pasti lot-lot tanah yang terbakar juga turut dijalankan. Pemilik tanah yang telah dikenal pasti akan diambil tindakan di bawah peruntukan Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Di bawah peruntukan Seksyen 29A (1) dan 29A (2), memperuntukkan larangan pembakaran terbuka iaitu tiada seorang pun boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis (termasuklah mana-mana tanah). Mana-mana orang yang didapati melakukan pembakaran terbuka, pelaku tersebut boleh didenda tidak melebihi RM 500,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.