Penerangan
6 April 2023, Jeli - Rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) telah dijalankan secara harian oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Aktiviti rondaan ini juga telah dipertingkatkan kerana cuaca panas dan kering sekarang. Rondaan udara menggunakan dron dapat membantu pengesanan pembakaran terbuka dengan lebih cepat dan mudah.
Rondaan OMPT di sekitar Tanah Merah dan Jeli pada hari ini telah dilakukan di kawasan yang berisiko terbakar seperti tapak pelupusan sampah, ladang-ladang sawit/getah dan kawasan industri.
Di bawah peruntukan Seksyen 29A (1) dan 29A (2), memperuntukkan larangan pembakaran terbuka iaitu tiada seorang pun boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis (termasuklah mana-mana tanah). Mana-mana orang yang didapati melakukan pembakaran terbuka, pelaku tersebut boleh didenda tidak melebihi RM 500,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.