TARIKH: 16.4.2023 (AHAD)
MASA : 9.00 am - 4.00 pm
LOKASI:
- Kawasan Perindustian USJ
- Taman Perindustrian Subang
- Taman Perindustrian Puchong
- Bandar Puteri Puchong dan sekitar
Subang Jaya, 16 April 2023 – Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan pemantauan pada cuti hujung minggu bagi mencegah pencemaran di beberapa lokasi kawasan perindustrian di Negeri Selangor. Antara lokasi tersebut adalah di Kawasan Perindustian USJ, Taman Perindustrian Subang, Taman Perindustrian, Bandar Puteri Puchong dan sekitarnya. Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang di kawasan rondaan dan aktiviti pembakaran terbuka.