Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KEBAKARAN TAPAK PELUPUSAN SAMPAH, KG KOK BEDOLLAH TUMPAT TELAH PADAM SEPENUHNYA
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 26/04/2023
- Organisasi
- DOE Kelantan
- Lokasi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan
Penerangan
30 Mac 2023, Tumpat - Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan melalui Unit Aduan telah melakukan pemantauan di Tapak Pelupusan Sampah tersebut. Kebakaran telah padam sepenuhnya.
JAS Kelantan akan sentiasa melakukan rondaan dan penguatkuasaan mencegah pembakaran terbuka berdasarkan peruntukan Seksyen 29A, Larangan Atas Pembakaran Terbuka, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang ramai diingatkan tidak melakukan pembakaran terbuka untuk mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang dan demi menjaga kelestarian alam sekitar.