PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT)

DOE Kelantan 26/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT)
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
26/04/2023
Organisasi
DOE Kelantan
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan

Penerangan

18 April 2023, Tumpat – Pengesanan pembakaran terbuka melalui saluran aduan yang diterima oleh orang awam atau agensi lain melalui pelbagai saluran seperti telefon, email, eAduan dan sebagainya. Pada hari ini, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah menerima aduan berkaitan pembakaran terbuka dari orang awam dan siasatan serta merta oleh pasukan rondaan OMPT telah dijalankan. Siasatan lanjut telah menemukan pelaku tersebut. Keterangan dan maklumat dari pelaku telah diambil untuk tindakan selanjutnya. Di bawah peruntukan Seksyen 29A (1) dan 29A (2), memperuntukkan larangan pembakaran terbuka iaitu tiada seorang pun boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis (termasuklah mana-mana tanah). Mana-mana orang yang didapati melakukan pembakaran terbuka, pelaku tersebut boleh didenda tidak melebihi RM 500,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan