10 hingga 13 April 2023, Kelantan - Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah menjalankan Ops Gempur Raya 2023 bermula 10 hingga 13 April 2023. Antara daerah yang terlibat adalah Tanah Merah, Tumpat, Pasir Mas, Kuala Krai dan Gua Musang. Operasi selama 4 hari ini juga melibatkan seramai 6 orang anggota JAS Negeri Kelantan dan sebanyak 21 buah premis telah diperiksa. Operasi ini dijalankan dalam usaha mencegah pencemaran alam sekitar dan memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].