Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI LIBAT URUS DAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS) 1974
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 18/04/2023
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
- Lokasi
- Kuala Lumpur
Penerangan
WP Kuala Lumpur, 4 April 2023 – JASWPKL telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak pengurusan MARA di Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR). Terdapat 19 buah premis pembuatan makanan dan minuman bertaraf small & medium industries (SME) yang sedang beroperasi. Sesi libat urus ini diadakan bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 khususnya Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 senantiasa dipatuhi pada sepanjang masa memandangkan KIMAR terletak di atas jajaran River of Life (ROL).