Penerangan
06 April 2023, Ipoh – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak yang diwakili oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Encik Abdul Aziz Bin Parmin telah bersama-sama mengiringi YB Encik Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak di dalam Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak. Program ini turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad , YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ketua-ketua Jabatan agensi kerajaan.
Program dijalankan adalah bagi mendengar permasalahan dari semua golongan masyarakat agar solusi dapat diberikan dengan lebih efisien khususnya kepada rakyat negeri Perak oleh agensi-agensi yang berkaitan.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat Negeri Perak.