Penerangan
MESYUARAT MENTERI-MENTERI ALAM SEKITAR DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGENAI ALAM SEKITAR (MEXCOE) BIL. 1/2023 ???????????????????
SELANGOR, 10 April 2023 - Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE) Bil. 1/2023 pada 10 April 2023 (Isnin) berlangsung di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya Selangor.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). Mesyuarat MEXCOE dihadiri oleh Menteri-menteri dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang memegang portfolio berkaitan alam sekitar dari seluruh negara serta pegawai-pegawai Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan alam sekitar di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Mesyuarat MEXCOE Bil. 1/2023 telah dihadiri oleh Encik Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar (KPAS), Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Puan Mashitah binti Darus Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), dan turut hadir wakil pengarah-pengarah daripada Bahagian Penguatkuasa, Bahagian Penilaian, Bahagian Komunikasi Strategik, Bahagian Air dan Marin, Bahagian Bahan Berbahaya, EiMAS dan JAS Negeri.
???? Tuan Amirul Aripin, Pengarah JAS Sabah telah menghadiri Mesyuarat ini dan delegasi dari Sabah juga termasuk YB Datuk Menteri KepKAS, Datuk SUT KePKAS dan Pengarah JPAS
?? JAS telah membentangkan sebanyak dua (2) kertas pertimbangan dan satu (1) kertas makluman.
Kertas pertimbangan Pemantapan Perancangan dan Pelaksanaan Projek Pembangunan ke arah Malaysia Lestari telah dibentangkan oleh Puan Rohimah binti Ayub, Pengarah, Bahagian Penilaian, JAS. Kertas ini bertujuan meningkatkan kerjasama dalam mengawal pembangunan pada peringkat perancangan dan pelaksanaan di samping pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan oleh JAS serta pihak-pihak berkepentingan iaitu Kerajaan Negeri dan agensi lain untuk memastikan pembangunan Malaysia lestari.
?? Manakala, Kertas pertimbangan Pemantapan Kawalan Pencemaran ke arah Meningkatkan Kualiti Alam Sekitar telah dibentangkan oleh Tuan Haji Shafe'ee bin Yasin, Pengarah, Bahagian Penguatkuasa, JAS. Kertas ini bertujuan memperkasakan kerjasama Kerajaan Negeri dan agensi lain dengan JAS bagi menangani isu pencemaran alam sekitar terutamanya yang di luar bidang kuasa JAS.
?? Selain itu, Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah, Bahagian Komunikasi Strategik JAS turut membentangkan satu (1) lagi kertas makluman iaitu berkaitan dengan Pogram Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 yang akan disambut pada 21 Oktober 2023. Kertas ini bertujuan mempertingkatkan sokongan dan kerjasama Kerajaan Negeri dan agensi lain bagi menjadikan Program Sambutan HASN sebagai program sambutan tahunan dalam takwim di peringkat Kerajaan Negeri. Tambahan juga, bagi mengeratkan penglibatan serta komitmen berteruskan dengan Kerajaan Negeri dan agensi lain dalam memastikan usaha kelestarian alam sekitar secara kolektif dan holistik dapat direalisasikan.
Negeri Johor akan menjadi Tuan Rumah bagi Sambutan HASN 2023 Peringkat Kebangsaan pada tahun ini dan negeri lain juga diminta untuk melaksanakan sambutan dalam tempoh tersebut dan seboleh-bolehnya dirasmikan oleh Ketua Menteri atau Menteri Besar Negeri