PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

Program Menyantuni Penjaja Bazaar Ramadan & Kelestarian Bazaar Sempena Hari Bumi 2023

DOE Sabah 17/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Menyantuni Penjaja Bazaar Ramadan & Kelestarian Bazaar Sempena Hari Bumi 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
17/04/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

Program Menyantuni Penjaja Bazaar Ramadan & Kelestarian Bazaar Sempena Hari Bumi 2023 ???? 12 April 2023, Kota Kinabalu - Atas inisiatif Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar dan Syarikat Maggi, Program Edaran Bubur Lambuk & Program Menyantuni Penjaja Bazaar Ramadan telah diadakan bagi menyokong Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik Program Bazaar Lestari ini merupakan salah satu usaha dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna yang mana membantu menjaga kelestarian alam sekitar demi generasi masa depan. ?????? Inisiatif ini juga sejajar dengan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018 – 2030 yang telah dilancarkan pada Oktober 2018 yang lalu. ?????????? Program ini telah diadakan di Lintasan Daesoka, bermula jam 3 - 4.30 petang dengan kehadiran Mayor DBKK, Pengarah JAS Sabah, Pengarah KPDNHEP, Pengurus Besar Syarikat Maggi serta pelbagai lapisan masyarakat Tuan Amirul Aripin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah juga telah ditemubual oleh para wartawan berhubung bidang kuasa JAS dalam kelestarian alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan