PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

KOLOKIUM AERIAL IMPACT ASSESSMENT (AIA) DAN IMMEDIATE REMEDIAL ACTION PLAN (IRAP) PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN

DOE WP Putrajaya 17/04/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KOLOKIUM AERIAL IMPACT ASSESSMENT (AIA) DAN IMMEDIATE REMEDIAL ACTION PLAN (IRAP) PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
17/04/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

KOLOKIUM AERIAL IMPACT ASSESSMENT (AIA) DAN IMMEDIATE REMEDIAL ACTION PLAN (IRAP) PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN?? ??Tarikh: 11 April 2023 (Selasa). ?? Masa: 09.30 pagi - 03.15 petang. ??Tempat: Hibrid (Aras 2, Bilik Melur, JAS Ibu Pejabat & Secara Dalam Talian Google Meet). ??Anjuran: Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat. ??Jumlah Kehadiran: Seramai lebih kurang 50 orang hadir secara fizikal dan dalam talian terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian JAS Ibu Pejabat dan Negeri. ????Kehadiran JAS Sabah: KPP(P)(YY) & PP(K)(SJ). ??Butiran Kolokium: 1?? Kolokium dimulakan dengan taklimat bertajuk, “EIA Sebelum Kelulusan Pembangunan & Pembersihan Tanah Di Kawasan Bercerun” yang disampaikan oleh KPP Tuan Hj. Rohimi Harun, Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat. 2?? Beliau turut membentangkan ceramah bertajuk, “Framework for National Program on Erosion and Sedimentation in Malaysia” yang turut dikongsi semasa bengkel perwakilan kuasa seksyen 34A, AKAS 1974 kepada JPS. 3?? Sesi kolokium seterusnya diteruskan oleh penceramah Ir. Dr. Tew Kia Hui yang menyampaikan tentang AIA dan IRAP dalam dokumen baru penguatkuasaan di bawah Notis Arahan Seksyen 31(1)(g) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. 4?? AIA adalah penilaian menggunakan dron (UAV) dengan penggunaan teknologi LiDAR (Light Detection and Ranging) dan RGB (Photogrammetry) sebagai tujuan kerja-kerja pemetaan dari udara dalam AIA. 5?? IRAP bertujuan kerja remedi dilaksanakan dengan berkesan dan kerja pemulihan boleh dirancang untuk jangkamasa panjang. 6?? Penceramah turut berkongsi khidmat sokongan dokumen AIA dan IRAP kepada semua pegawai JAS Ibu Pejabat dan Negeri. 7?? KPP Tuan Hj. Rohimi Harun, Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat turut memaklumkan bahawa Arahan Pejabat Bil. 15/2022 telah diedarkan kepada semua pegawai berkaitan dengan pelaksanaan AIA dan IRAP bagi aktiviti yang tertakluk dengan EIA. 8?? Pihak Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat turut memaklumkan bahawa akan mempertimbangkan satu siri latihan hands-on secara fizikal berkaitan penggunaan dokumen AIA dan IRAP ini yang melibatkan pegawai JAS Ibu Pejabat dan Negeri. 9?? Pihak Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat turut memaklumkan bahawa semua slaid pembentangan penceramah akan diemelkan kepada semua peserta kemudian.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan