PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

SIASATAN ADUAN PENCEMARAN AIR DI KAMPUNG PERAJURIT, TELOK GONG DAN RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI KAWASAN KLANG UTARA

DOE Selangor 17/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PENCEMARAN AIR DI KAMPUNG PERAJURIT, TELOK GONG DAN RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI KAWASAN KLANG UTARA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
17/04/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

TARIKH/HARI: 9 April 2023 (Ahad) MASA  : 9.00 pagi - 4.00 petang LOKASI:
  • Telok Gong
  • Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman
  • Kawasan Perindustrian Jalan Haji Sirat
  • Kawasan Perindustrian Sungai Puloh
  • Kawasan Perindustrian Jalan Haji Abdul Manan
  • Kawasan Perindustrian Jalan Korporat
  • Kawasan Perindustrian Meru Indah
9 April 2023, KLANG – Pasukan penyiasat menerima arahan untuk menjalankan siasatan pencemaran air di kunci air sungai tengkorak, Jalan Prajurit, Telok Gong. Berdasarkan aduan daripada pengadu, pengadu memaklumkan air di sungai tersebut bewarna putih dan berbau busuk. Namun setibanya pasukan penyiasat di lokasi yang diadu, hasil pemerhatian di lokasi mendapati tidak menemui sebarang air bewarna putih di lokasi, malah bau yang boleh menyebabkan kacauganggu juga tidak dikesan. Pasukan penyiasat telah menaikkan dron untuk memeriksa premis di sekitar yang boleh menjadi punca berlakunya pencemaran tersebut, namun tidak menemui sebarang pelepasan atau kesan pelepasan bewarna putih di sepanjang sungai. Syor dipanjangkan ke unit kawasan bagi pemantauan premis-premis yang berkaitan dari masa ke masa untuk mengenalpasti punca pencemaran sekiranya ada. Tinjauan diteruskan di kawasan perindustrian, Disekitar kawasan premis yang beroperasi mendapati tiada sebarang pencemaran atau kesan pencemaran dikesan.Pasukan peronda juga tidak menemui sebarang punca pencemaran udara dan pembakaran terbuka. Pemeriksaan pada cerobong premis pula tiada sebarang pelepasan asap hitam. Secara keseluruhannya, keadaan kawasan rondaan adalah baik dan tiada sebarang pencemaran yang dikesan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan