PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

JEMPUTAN PERKONGSIAN ILMU MENGENAI AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (EIA) OLEH DEFTECH AVIATION SDN BHD SEMPENA HARI BUMI

DOE Melaka 13/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JEMPUTAN PERKONGSIAN ILMU MENGENAI AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (EIA) OLEH DEFTECH AVIATION SDN BHD SEMPENA HARI BUMI
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
17/04/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

12 April 2023, MELAKA - Bahagian Pembangunan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah dijemput untuk memberikan perkongsian ilmu berkaitan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (EIA) kepada pihak pengurusan Deftech Aviation Sdn Bhd dan beberapa wakil 'sister company' turut hadir secara atas talian pada hari ini. Selain perkongsian berkenaan EIA, pengurusan buangan terjadual turut disentuh sebagai pemakluman kepada pihak syarikat. Poster dan brosur kesedaran alam sekitar turut disampaikan kepada pihak kilang sebagai  promosi dimana salah satunya adalah kempen larangan pembakaran terbuka untuk kelestarian alam sekitar. Pada sesi kali ini juga hampir kesemua peserta yang hadir telah mendaftar sebagai ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) dimana selain memastikan operasi syarikat dijalankan secara lestari, ahli RAS juga dapat menjadi mata dan telinga pihak kerajaan dalam membanteras aktiviti jenayah alam sekitar. Adalah diharapkan sesi perkongsian ilmu yang disampaikan dapat dihayati oleh peserta-peserta yang terlibat demi pembangunan yang lestari serta pengurusan alam sekitarv khususnya di Negeri Melaka. Jabatan ini mengalu-alukan sebarang kerjasama daripada syarikat-syarikat terutama syarikat bertaraf antarabangsa seperti Deftech Aviation Sdn Bhd bagi penganjuran aktiviti berkaitan Communication, Education and Public Awareness (CEPA) di Negeri Melaka khususnya. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan