PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SANITARI DIDENDA RM 90,000.00 DI MAHKAMAH SESYEN, MELAKA

DOE Melaka 13/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SANITARI DIDENDA RM 90,000.00 DI MAHKAMAH SESYEN, MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
17/04/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

12 April 2023, MELAKA - Sebuah tapak pelupusan sisa pepejal sanitari, Greenviro Solutions Sdn. Bhd. telah disabitkan kesalahan di Mahkamah Sesyen, Melaka pada hari ini. Pihak premis telah mengaku bersalah di atas enam (6) pertuduhan dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan dijatuhkan hukuman denda dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 90,000. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka memandang serius sebarang jenis pencemaran alam sekitar dan semoga kes ini dapat menjadi iktibar dan contoh tauladan kepada penjenayah alam sekitar diluar sana. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan