TARIKH: 08 April 2023 (Sabtu)
MASA : 10.00 pagi- 5.00 petang
LOKASI:
- KKS Tennamaram
- Kawasan Perindustrian Bestari Jaya
- Enterprise Bestari
- Bukit Badong
Sabak Bernam, 8 April 2023 – Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan pemantauan pada cuti hujung minggu bagi mencegah pencemaran di beberapa lokasi kawasan perindustrian di Negeri Selangor. Antara lokasi tersebut adalah di KKS Tennamaram, Kawasan Perindustrian Bestari Jaya,Enterprise Bestari, Bukit Badong. Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang di kawasan rondaan dan aktiviti pembakaran terbuka serta pelepasan efluen dari longkang akhir.