PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 31/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
13/04/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

TARIKH : 8 & 9/04/2023 MASA : 10.00 PM – 4.00 AM LOKASI :
  •  Bukit Mahkota
  •  Strata Townhouse
  •  Tapak Sampah Haram Twin Palm
  •  Taman Budiman Sg Long
  •  Kawasan Perindustrian Balakong
  •  Kawasan Perindustrian Bukit Angkat
8 April 2023, HULU LANGAT – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Kajang telah menjalankan rondaan di sekitar kawasan yang sering mendapat aduan pencemaran bau sejak kebelakangan ini. Lokasi rondaan merangkumi Bukit Mahkota, Strata Townhouse, Tapak Sampah Haram Twin Palm, Taman Budiman Sg Long, Kawasan Perindustrian Balakong, Kawasan Perindustrian Bukit Angkat, Bukit Raja dan Teluk Ramunia. Hasil rondaan mendapati tiada pencemaran bau serta kesan pembakaran di lokasi rondaan. Pihak JAS Selangor akan terus memantau serta menyeru kepada semua pihak terus menyalurkan maklumat agar tindakan pantas dapat diambil sekiranya terdapat pencemaran dilakukan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan