PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PROGRAM SANTUNI ASNAF DAN KUMPULAN SASAR RAMADHAN 2023

DOE Perak 13/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM SANTUNI ASNAF DAN KUMPULAN SASAR RAMADHAN 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
13/04/2023
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

11 APRIL 2023, IPOH – 20 orang anak yatim berusia antara 4 hingga 19 tahun dari Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman menerima bantuan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri melalui Program Santuni Asnaf Dan Kumpulan Sasar Ramadhan yang telah diadakan atas Tangungjawab Sosial Korporat (CSR) di Mydin Mall Meru Raya, ipoh, perak. Program ini telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 10 dan 11 April 2023 (Isnin dan Selasa) juga bersempena menyambut Sambutan Hari Bumi yg jatuh pada 22 April 2023. Untuk makluman, Program Santuni Asnaf Dan Kumpulan Sasar Ramadhan menjadi acara wajib tahunan di bulan Ramadhan bagi menyantuni golongan asnaf khusus di sekitar negeri Perak Tambahan lagi, program CSR ini sebagai salah satu cara untuk memberi mereka perhatian, kasih sayang, suntikan semangat motivasi serta keceriaan terutama pada hari raya yang bakal menjelang. Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, En. Abdul Aziz bin Parmin menzahirkan penghargaan terima kasih kepada rakan korporat CSR iaitu Kelab Sukan dan Kebajikan Alam Sekitar Negeri Perak (KASPER) dan Mydin Mall Meru Raya atas kerjasama yang diperuntukan bagi menjayakan program ini. Dalam majlis yang sama, anak-anak yatim Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman turut menerima sumbangan duit raya bagi bagi menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan