Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN SUSULAN PEMBAKARAN TERBUKA YANG SEDANG BERLAKU DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH, KAMPUNG KOK BEDOLLAH, TUMPAT.
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 13/04/2023
- Organisasi
- DOE Kelantan
- Lokasi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan
Penerangan
28 Mac 2023, Tumpat - Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah menerima aduan berkaitan pembakaran terbuka di Tapak Pelupusan Sampah Kampung Kok Bedollah, Tumpat pada 26 Mac 2023. Siasatan di tapak pelupusan sampah tersebut telah dijalankan pada hari yang sama. Pada hari ini api telah dapat dikawal dari merebak ke kawasan yang lain.
Semua pihak termasuklah orang awam adalah diingatkan bahawa melakukan atau membenarkan pembakaran terbuka adalah satu kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kesalahan tersebut boleh dikompaun sehingga RM 2,000 bagi setiap longgokan atau boleh didenda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.