Penerangan
WP Kuala Lumpur, 4 April 2023 – Unit Post EIA dan Unit Aduan Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menjalankan kerja-kerja pengawasan bunyi bising ke atas satu projek EIA yang telah beroperasi, pada 2 – 3 April 2023.
Pengawasan dijalankan ke atas aduan bunyi bising kemudahan pengangkutan awam oleh penduduk perumahan berhampiran bagi mengukur paras bunyi bising di lokasi yang diadu.
JASWPKL akan bertindak tegas tanpa kompromi terhadap penggerak projek yang gagal mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.