Penerangan
6 April 2023, MELAKA - Satu siasatan bersepadu di antara Unit Pengawasan dan Unit Aduan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka bersama-sama Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSA) serta Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah diadakan pada 5 April 2023 yang lalu. Siasatan bersepadu ini adalah berikutan Notification of Pollution (NPE) yang diterima dari stesen pengawasan kualiti air manual Sungai Rembia. JAS Melaka telah menyenarai pendek punca-punca yang disyaki menyumbang kepada bacaan nitrate dan ammonia yang di luar had biasa di sepanjang Sungai Rembia tersebut. Senarai punca-punca yang disyaki tersebut telah dipanjangkan kepada agensi-agensi yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya selaras bidang kuasa masing-masing.
JAS Melaka komited untuk menangani aduan awam selain meneliti data pengawasan JAS dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka