Penerangan
KUANTAN, 4 April 2023 - Majlis Penyerahan Lesen Premis Yang Ditetapkan (Kilang Getah) di Negeri Pahang sesi 2023 telah diadakan pada 3 April 2023 dan diserahkan oleh Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang.
Terdapat 4 buah premis PYDT KG di Negeri Pahang yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang pada tahun 2023. Premis juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen dan peraturan berkaitan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.