Penerangan
14 Mac 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB-Timur) telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang bukan ditetapkan bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil pemeriksaan mendapati premis tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada premis supaya mengambil beberapa tindakan penambahbaikan bagi pematuhan kepada peraturan-peraturan tersebut.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.