PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PREMIS KITAR SEMULA PLASTIK DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN

DOE Johor 09/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS KITAR SEMULA PLASTIK DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/04/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

13 Mac 2023, Tangkak: Sebuah premis kitar semula plastik di Kawasan Perindustrian Tangkak telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Muar kerana didapati mengakibatkan pencemaran udara yang berpunca daripada aktiviti kitar semula plastik. Siasatan dijalankan di premis hasil aduan awam berkenaan pencemaran bau di kawasan tersebut. Tindakan POK diambil bagi menghentikan pencemaran bau daripada terus berlaku yang seterusnya boleh menggugat kesihatan awam. Selain itu, premis juga beroperasi tanpa mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) terlebih dahulu. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan juga Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan