Penerangan
9 MAC 2023, LARKIN - Unit Penguatkuasaan Industri (JB Tengah) bersama Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan penguatkuasaan dan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis berasaskan makanan di Kawasan Perindustrian Larkin, Johor berdasarkan penerimaan dokumen Akuan Bertulis di bawah Peraturan 5(3) & 5(4), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Efluen Perindustrian) 2009.
Hasil pemeriksaan verifikasi mendapati semakan dilapangan berbeza dengan lukisan kejuruteraan "as-built", rekod pemantauan prestasi SPEP tidak menetapi garis panduan dan rekabentuk parameter yang rendah daripada sebenar. Premis dan perunding diarahkan mengemukakan semula Akuan Bertulis.
Dua "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan pembetulan di bawah PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009, PPKAS (Udara Bersih 2014 dan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005.