PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN TERHADAP PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR

DOE Johor 07/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN TERHADAP PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/04/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

7 Mac 2023, KOTA TINGGI - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pengerang telah menjalankan pemeriksaan ke atas Premis Yang Ditetapkan (PYDT) iaitu kilang memproses minyak kelapa sawit mentah di kawasan Kota Tinggi, Johor. Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan premis adalah patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan syarat lesen yang telah ditetapkan. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu diambil tindakan oleh pihak premis. Arahan lapangan telah dikeluarkan bagi tujuan tersebut untuk memastikan pematuhan sepenuhnya. Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan