Penerangan
7 MAC 2023, MASAI, JOHOR- Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah Premis Yang DiTetapkan (Buangan Terjadual di Jalan Masai Batu, Johor berdasarkan penerimaan dokumen Akuan Bertulis di bawah Peraturan 5(3) & 5(4), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
Hasil pemeriksaan verifikasi mendapati semakan dilapangan berbeza dengan lukisan kejuruteraan "as-built" beserta mengemaskini Lukisan Kejuruteraan P&ID . Pegawai juga menguji "portable performance monitoring equipment" dan membandingkan dengan bacaan "online monitoring". Premis dan perunding diarahkan mengemukakan semula Akuan Bertulis beserta pembetulan yang perlu dilaksanakan.
Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan pembetulan pada lukisan kejuruteraan dan rekod pemantauan prestasi mengikut rekabentuk dan operasi yang beroperasi.