Penerangan
4 Mac 2023, Kluang - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Kluang telah menjalankan penguatkuasaan ke atas premis Kilang Kelapa Sawit di sekitar Daerah Kluang bagi memastikan pematuhan premis terhadap syarat lesen yang diberikan. Selain itu, penguatkuasaan menumpukan kepada kolam-kolam efluen dalam keadaan yang baik serta tiada sebarang pelepasan Efluen secara pintasan semasa musim hujan.
Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya tidak melakukan pelupusan efluen ke atas tanah melalui kaedah sistem flatbed pada waktu hujan bagi dapat mengelakkan pencemaran ke parit berhampiran.