Penerangan
1 Mac 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB-Timur) telah menjalankan siasatan susulan aduan yang diterima daripada orang awam mengenai pencemaran udara dari sebuah premis di Kawasan Perindustrian Tebrau 1.
Hasil siasatan mendapati aduan adalah berasas dan premis tidak patuh kepada Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dibuat di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta 127 bagi menghentikan pencemaran serta-merta.