Penerangan
1 Mac 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit Buangan Terjadual) telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang ditetapkan buangan terjadual bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hasil pemeriksaan mendapati bekas buangan terjadual SW 305 distorkan di kawasan terbuka dan telah melanggar Peraturan 9(4), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada premis supaya mengambil tindakan penambahbaikan dengan segera.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tiada pencemaran kepada alam sekeliling.