Penerangan
28 Februari 2023, KOTA TINGGI - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pengerang telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) iaitu kilang pembuatan simen di Jalan Kota Tinggi - Kulai, Kota Tinggi berikutan aduan awam berkaitan pencemaran habuk.
Hasil pemeriksaan mendapati pihak premis telah gagal mengendalikan mesin pemprosesan pasir sehingga menyebabkan pencemaran habuk berlaku. Tindakan penguatkuasaan tegas telah diambil. Premis dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap mesin pemprosesan tersebut. Premis juga telah diarahkan dengan serta merta menjalankan pembaikan bagi memastikan tiada lagi pencemaran berlaku.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekitar.