PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR

DOE Johor 16/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/04/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

23 Februari 2023, KOTA TINGGI – Pasukan Penguatkuasa JAS Johor Cawangan Pengerang telah menjalankan penguatkuasaan ke atas sebuah Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) di Pengerang, Kota Tinggi bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling. Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Terdapat beberapa perkara berkaitan yang memerlukan tindakan penambahbaikan oleh premis. Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada premis bagi tujuan tersebut. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tiada pencemaran kepada alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan