Penerangan
22 Februari 2023, LARKIN - Unit Notifikasi bersama Unit Penguatkuasaan Industri (JB Tengah), Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis berasaskan plastik di Kawasan Perindustrian Larkin, Johor berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Hasil pemeriksaan verifikasi dilapangan mendapati berbeza dengan lukisan kejuruteraan ‘as-build’.
Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan penambahbaikan pada rekod pemantauan prestasi, 'as built drawing' dan laporan bergambar.
Premis/perunding diminta untuk mengemukakan semula Perisytiharan Bertulis dibawah Peraturan 7(5) & 7(6), PPKAS (Udara Bersih) 2014 dengan mengambilkira semua penambahbaikan.