PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK) KE ATAS PREMIS YANG DITETAPKAN BUANGAN TERJADUAL

DOE Johor 09/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK) KE ATAS PREMIS YANG DITETAPKAN BUANGAN TERJADUAL
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/04/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

22 Februari 2023, KULAI - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit Buangan Terjadual) telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis yang ditetapkan buangan terjadual bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hasil pemeriksaan mendapati berlakunya pencemaran udara yang ketara dari kawasan proses premis. Tindakan serta merta iaitu penahanan operasi kelengkapan telah diambil bagi menghentikan pencemaran dengan kadar segera. Premis telah diarahkan untuk menyemak semula sistem kawalan pencemaran udara yang dipasang dengan segera. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tiada pencemaran kepada alam sekeliling.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan