Penerangan
JOHOR BAHRU, 19 Februari 2023: Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dr. Mohd Famey bin Yusoff telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa EIA-TRC bertujuan membincangkan laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi sebuah projek di Daerah Segamat, Johor. Cadangan projek tersebut tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 2015: Jadual Pertama, Aktiviti 14(a)(i): Pembinaan loji pulih guna (luar tapak) dan Jadual Pertama, Aktiviti 14(b)(ii): Pembinaan loji pulih guna atau loji kitar semula.
Pembentangan telah disampaikan oleh pihak pemaju projek dan jururunding EIA serta dihadiri oleh panel pengulas daripada Majlis Perbandaran Segamat, MIDA Johor, PLAN Malaysia Johor, BAKAJ dan SPAN Johor.
Lawatan tapak juga turut diadakan pada 13 Februari 2023 yang lalu untuk melihat alam sekitar sedia ada dan keadaan semasa di tapak cadangan projek tersebut.