Penerangan
20 Februari 2023, Sedenak , Kulai - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Barat) telah menjalankan pemeriksaan ke atas Premis Yang Ditetapkan (PYDT) iaitu kilang memproses minyak kelapa sawit mentah di Sedenak, Kulai. Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan premis adalah patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan syarat lesen yang telah ditetapkan.
Hasil pemeriksaan mendapati premis perlu mengambil tindakan pembaikan terhadap beberapa perkara. Arahan lapangan bagi tindakan pembaikan telah dikeluarkan kepada premis bagi memastikan pematuhan terhadap AKAS 1974 sepenuhnya.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekitar.