Penerangan
21 Februari 2023, KOTA TINGGI - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pengerang telah menjalankan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di sekitar kawasan Pengerang, Kota Tinggi iaitu Bukit Raja dan Teluk Ramunia bagi memastikan pencemaran daripada aktiviti pembakaran terbuka dicegah daripada berlaku.
Hasil rondaan mendapati masih terdapat asap dan kesan pembakaran di lokasi rondaan. Tiada pelaku dikesan semasa rondaan dijalankan. JAS telah memasang banner / pemidang amaran larangan pembakaran terbuka di kawasan tersebut. Pihak yang bertanggungjawab sedang dikenalpasti untuk tindakan penguatkuasaan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Jabatan menyeru kepada semua pihak supaya bersama-sama cakna menjaga dan memelihara alam sekitar dengan tidak melakukan dan menyebabkan berlakunya aktiviti pembakaran terbuka.