PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU DIANTARA JAS, MPKu dan PDRM, 2 BUAH KILANG DITAHAN OPERASI

DOE Johor 09/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU DIANTARA JAS, MPKu dan PDRM, 2 BUAH KILANG DITAHAN OPERASI
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/04/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

21 Februari 2023, Kulai JOHOR- Dua (2) buah kilang yang terletak di Jalan Kulai- Kota Tinggi hari ini dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana menjadi salah satu penyumbang kepada masalah pencemaran Sungai Semangar dan menyebabkan bau busuk. Kilang pertama yang menjalankan aktiviti pemanasan keladak sawit telah diarahkan untuk membersihkan kawasan premis dan juga alur air berhampiran supaya bersih daripada segala sisa minyak manakala kilang kedua yang memproses bulu ayam dikehendaki untuk memasang alat kawalan pencemaran udara untuk mengawal masalah bau yang timbul sebelum dibenarkan beroperasi semula. Agensi lain yang turut serta dalam operasi ini juga telah mengambil tindakan mengikut bidangkuasa masing-masing. Jabatan ingin menyeru kepada semua pihak agar tidak melakukan perbuatan yang menyumbang kepada pencemaran air.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan