PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR

DOE Johor 16/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/04/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

20 Februari 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Tengah) telah menjalankan siasatan aduan di kawasan Kg.Skudai Kiri, Johor Bahru, susulan aduan yang diterima melalui sistem e-aduan berkenaan pengurusan sisa bahan kimia yang tidak diurus dengan betul. Pemeriksaan adalah menjurus ke atas Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hasil pemeriksaan mendapati premis tertakluk Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluent Perindustrian) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.Tindakan penahanan operasi kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipremis dijalankan serta merta. Arahan bertulis di lapangan dikeluarkan menghendaki premis menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan segera. Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan