Penerangan
22 Februari 2023, JOHOR BAHRU - Unit Notifikasi bersama Unit Buangan Terjadual (Penguatkuasaan), Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis PYDT BT di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Johor berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Hasil pemeriksaan verifikasi dilapangan mendapati kerja-kerja pembaikan pada peralatan sedang dilaksanakan. Alat kawalan pencemar udara tidak beroperasi.
Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan penambahbaikan pada rekod pemantauan prestasi, 'as built drawing' dan laporan bergambar.
Premis/perunding diminta untuk mengemukakan semula Perisytiharan Bertulis dibawah Peraturan 7(5) & 7(6), PPKAS (Udara Bersih) 2014 dengan mengambilkira semua penambahbaikan.