PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

TAKLIMAT PENUGASAN RONDAAN PEMANTAUAN DI KAWASAN REVOLUSI HIJAU JOHAN SETIA, KLANG KEPADA ANGGOTA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

DOE Selangor 04/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAKLIMAT PENUGASAN RONDAAN PEMANTAUAN DI KAWASAN REVOLUSI HIJAU JOHAN SETIA, KLANG KEPADA ANGGOTA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
04/04/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

TARIKH/HARI: 31 Mac 2023 (JUMAAT) MASA  : 10.00 am - 11.30 am TEMPAT : BALAI MPKK JOHAN SETIA TUGASAN : SESI TAKLIMAT SKOP PENUGASAN RONDAAN PEMANTAUAN AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA DI KAWASAN REVOLUSI HIJAU JOHAN SETIA, KLANG Kehadiran pasukan APM dengan kekuatan 4 anggota dan yang diketuai oleh SM(PA) Mohd Shahrir Bin Musa serta Ketua Kg Johan Setia, Tuan Haji Kamal. Taklimat telah disampaikan oleh PK Muhamad Yuzwan yang menjurus kepada skop penugasan, tatacara rondaan pemantauan dan pelaporan di Kawasan Johan Setia. Rondaan pemantauan akan bermula pada 1hb April 2023 (Sabtu). Sehubungan itu pihak APM juga diingatkan supaya mengutamakan keselamatan diri sepanjang rondaan dan melaksanakan tugasan dengan penuh Amanah dan tanggungjawab.Selain itu anggota APM turut dimaklumkan untuk menyampaikan kesedaran kepada petani-petani yang ditemui mengenai larangan pembakaran terbuka melalui edaran risalah/brosur yang disediakan pihak JAS. Satu sesi penyerahan sijil tugasan pada tahun 2022 turut diadakan beserta penyerahan surat perlantikan penugasan tahun 2023 kepada pihak APM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan